Persamaan dalam sihir simpati Sihir simpati

Persamaan adalah berasaskan pendapat bahawa seseorang mampu mempengaruhi sesuatu yang lain berasaskan hubungan atau persamaan dengan benda itu. Kepercayaan bahawa pengambilan walnut mampu meningkatkan kecerdasan dan ingatan mungkin berasaskan rupa kekacang walnut dengan otak. [petikan diperlukan]

Kebanyakan masyarakat tradisi percaya bahawa kesan pada satu objek mampu menyebabkan kesan seumpama dengannya pada objek lain, tanpa kaitan penyebab jelas antara dua objek. Sebagai contoh, banyak cerita rakyat menggambarkan kuasa jahat yang "nyawanya" wujud dalam objek lain, dan hanya boleh dibunuh sekiranya objek lain di musnahkan. (Contoh termasuk cerita rakyar Russia Koschei yang Tidak Mati. Bandingkan Horcrux dan lich.) Di Uganda, seseorang perempuan mandul dipercayai menghasilkan kebun yang mandul, dan suaminya boleh mendapatkan cerai berdasarkan ekonomi semata-mata (Eliade 385).